Rabu, 09 Januari 2008

NERAKA ! NERAKA!

NERAKA ! NERAKA!

KEHEBATAN APINYA

Abu Hurairah meriwayatkan:

"Ketika Rasulullah berkata:Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api
neraka;"lalu seseorang bertanya;"Ya Rasulullah,adakah ia tidak akan
mencukupi untuk membakar orang kafir?Maka Rasulullah menjawab, "Api neraka
mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia,dan kesemuanya adalah
sangat panas sebagaimana ia (api dunia). Riwayat Bukhari.

KESAN NERAKA PADA DUNIA KINI

Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia ini lagi berdasarkan
hadis Rasulullah: Diriwayat oleh Abu Hurairah:

Rasulullah bersabda: "Api neraka mengadu kepada Allah dengan berkata;"Hai
Tuhanku, bahagian-bahagian padaku memakan di antara satu sama lain."Lalu
Allah membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada musim sejuk dan
pada musim panas. Inilah sebabnya mengapa kamu terasa terlalu panas dan
terlalu sejuk," Riwayat Bukhori

MAKANAN PENDUDUK NERAKA

Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak menyuburkan
badan mereka. Firman Allah:

"Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak
menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." Al Ghasiyah 6-7

MINUMAN AHLI NERAKA

1. Hamim(air yang mendidih)

Firman Allah:

"Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.Mereka
berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidihh yang memuncak
panasnya."

2. Ghassaq(nanah dan darah)

Firman Allah:

"Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada
makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya
kecuali orang-orang yang berdosa." Al Haqqah : 35-37

3. Sadid (air danur(nanah)yang keluar dari tubuh ahli neraka)

Firman Allah: "Dihadapan mereka ada neraka Jahannam, dan ia diberi minum
dari air danur (nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka." Ibrahim 16

4. Air seperti Tembaga cair

Firman Allah:

"Dan jika mereka meminta minum,nescaya mereka akan diberi minum dengan air
seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka. Itulah minuman
yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina." Al Kahfi 29.

PAKAIAN AHLI NERAKA

1. Pakaian dari api

Firman Allah:

"Inilah dua golongan(mukmin dan kafir) yang bertengkar,mereka saling
bertengkar mengenai tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk
mereka pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas
kepala mereka." Al Hajj 19

2. Pakaian dari minyak tar

Firman Allah:

"Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan
api neraka." Ibrahim 50.

BAHAN BAKAR API NERAKA

Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin yang kafir dan engkar
kepada Allah,batu-batu termasuk patung berhala.Firman Allah;

"Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar,
yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya
dan mengerjakan apa yang diperintahkanNya." At Tahrim 6

PENDUDUK NERAKA

Imran b Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

"Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti penduduknya adalah orang
miskin,dan aku melihat ke dalam neraka,aku mendapati majoriti penduduknya
adalah wanita," Riwayat Bukhori.

NAMA-NAMA NERAKA

Neraka mempunyai beberapa nama sebagaimana telah disebutkan di dalam Al
Quran, iaitu:

1. Jahannam -

Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada
tempat pengintai." An- Naba:21

2. Latho

Firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak dapat sesungguhnya neraka
(Latho) itu adalah api yang berganjak, yang mengelupaskan kulit kepala" -
Al- Ma arij; 15-16.

3. Al-Hutamah

"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam
Hutamah. Dan tahukah kamu apa Hutamah itu? Iaitu api yang disediakan Allah
yang dinyalakan, yang naik sampai ke hati." Al Humazah 4-7

4. Sa ir

Yang disebutkan dalam surah Asy-Syura:7 bermaksud: Sesungguhnya masuk ke
syurga dan segolongan masuk ke neraka sa ir. 5. Saqar

Firman Allah yang bermaksud " Aku akan memasukkannya ke dalam neraka Saqar.
Tahukah kamu apakah neraka Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak
membiarkan (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia."

6. Al- Jahim

" Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang
sesat." Asy-Syura :91

7. Al- Hawiyah

" Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat
kembalinya adalah neraka Hawiyah. .. iaitu api yang sangat panas. Al- Qari
ah;8-11.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

komentarilah jika ada keganjalan dalam artikel ini sehingga kita dapat mencapai kepuasan didalamnya